Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
bersua kembali kita.. huhu.. tetiber tangan gatal nak menaip.. selalunya malas. kuikuikui.. :p
korang perasan tak ade beberapa jenis orang yang sangat mudah terpengaruh, contoh macam kalau si Timah beli beg baru, tetiber esok tu ko pun beli beg baru jugak.. si Ahmad beli kereta baru, ko pun nak beli kereta baru.. si Amin dapat bini baru, ko pun nak berbini baru walaupun kuota kau tu dah mencukupi.. haaha. benda ni la yang kita panggil common scenario. actually bukannya beberapa orang okay, boleh dikatakan majoriti macam tu kot.. ko yang baca ni mesti taknak mengaku kan.. padahal ko memang macam tu pun.. hihi.. (yg menaip ni pun sama je..haha)
kalau korang perasan kat tajuk tu aku ade letak perkataan "trend".. kenapa? saje suka-suka hati.. haha.. aku kan buat bisnes menjahit, so setelah mengkaji selama beberapa bulan, kaji dan terus mengkaji..aku mendapati most of my lovely customers suka dengan design mini kurung moden nih.. ramai jugak yang dah pun menempah design ni. so dengan selambanya aku anggap sebagai trend 2014.. boleh camtu? hahahaha...
ape hok menariknya design mini kurung neh? meh aku nok kabo ke korang semua deh.. kebanyakan wanita melayu di malaysia ni rata-rata memiliki ketinggian yang tak berapa nak tinggi..so kalau nak apply jadi model memang biasanya tak lepas lah kan. haha.. average pun dlm 150cm je kot. so kelebihan pertama baju mini kurung moden ni ialah dapat menjadikan si pemakai NAMPAK LEBIH TINGGI gituw.. hahaha.. tak percaya kan? tolonglah percaya.. haha.. hello bukan ko bertambah tinggi, tapi nampak macam tinggi jew.. haha..
OMG.. siapakah wanita yang gorgeous bagai model professional neh? hehehe.. this is my lovely sister.. so ni salah satu baju mini kurung moden yang aku buat... tinggi kakak aku ni dalam 150cm.. lebih kurang sama dengan kebanyakan ketinggian wanita malaysia.. tinggi sama korang jugak kan.. sila jangan cuba nak menafikan yang kakak aku kelihatan tinggi bukan? hehe.. sape photographer? of course la aku.. ingat tahu manjahit je ke.. hahahaha.. over pulekk.
Mana boleh bagi mama je posing sorang-sorang.. kakak Damia nak jugak.. haha.. " okay tak meeya pose macam ni cik alim?.." haha.. aku anggukkan aje. padahal aku yang jadi director nya.. muahaha..
Awwww.. i love this.. so cute.. haha.. bangga pulak dengan hasil kerja sendiri.. biasanya kalau aku buat design mini kurung ni, kain aku suka buat style potong 6.. so dia fit dekat peha then kembang dari paras lutut.. untuk budak tu aku buat kain duyung je.. haha.. seriously memang cantik.. baju tu pulak betul-betul tutup paras punggung.. tapi yang akak aku punya neh aku buat labuh sikit belakang dia.. sorry takde pic dari belakang nak ditunjuk.. sebab aku rasa macam tak sesuai je nak tunjuk bahagian belakang. kang tak pasal-pasal aku punya blog ni jadi kategori 18sx pulak.. hahaha..
so bagi mengakhiri entry kali neh.. aku nak tunjuk la sikit beberapa design mini kurung yang aku dah buat.. semuanya customer aku yang punya..nak kata aku buat cantik macam hatta dolmat atau fashion designer yang terkenal memang tak la kan.. tapi Alhamdulillah customer berpuas hati.. tq guys.. muah muah. eeh.. haha.
design mini kurung moden, warna hitam lace kuning.. sangat cantik dan menyerlahkan si pemakai. |
design mini kurung moden, dihiasi dengan reben.. begitu anggun |
design mini kurung, warna lime.. manik dan lace menambah seri. |
sebenarnya ada banyak lagi design mini kurung.. hehe.. upload sikit-sikit la kan.. korang perasan tak? setiap baju mesti ade lace dengan manik kan? hehe.. aku memang suka bermain dengan lace dan manik ni.. huhu. sampai baju melayu aku sendiri pun aku bubuh manik ngan lace. tapi tak la over macam aku wat kat baju kurung neh..
Berbalik dengan tajuk " trend" di awal tadi.. aku tak pasti la design ni akan jadi trend atau dah pernah jadi trend.. tapi seriously design mini kurung memang cantik dan meletop. so ape pendapat korang? lagi-lagi bila ade orang dah pakai baju camni dan dengan tak sengajanya ko pun nak buat jugak kan satu macam ni? alaaa.. mengaku je lah.. haha..
ape-ape pun pakai je apa yang korang suka dan rasa selesa..
enjoy..
"your own style"