Assalamualaikum
mencuri kesempatan ini ingin mengucapkan kepada semua umat Islam di muka bumi ini, SELAMAT MENYAMBUT AIDILFIRTI 2013.. kebiasannya bila hari raya ni kalau orang tak cerita pasal menu, orang bercerita pasal baju..betul tak? mesti korang tengah mengangguk kepala tanda setuju kan? biasalah hari raya kan. so kali ni aku pun nak cerita jugak hari raya aku hari ni, tapi bukan pasal menu makanan.. nak bercerita pasal gaya-gaya-gaya di hari raya... layannn..
adakah korang berpuas hati dengan design baju korang tahun ni? kalau korang tak puas hati jangan lupa tempah dengan saya tahun depan okay, kalau tak nak tunggu tahun depan tempah sekarang pun takpe.. promote pulak.. ahaks..
macam aku sendiri of course la puas hati, sebab aku jahit sendiri je. tapi dalam menjahit sendiri punya sempat jugak la aku ni di dera oleh kakak dan adik aku yang suruh menyiapkan baju mereka di saat-saat akhir.. huhu. ponat den hanya tuhan je yang tahu.. warghh... tapi bila dah siap.. Alhamdulillah.. sangat berpuas hati, diorang puas hati kew? puas la kot kerana melihat mereka pakai sampai ke petang seperti tidak mahu menanggalkan terus baju tu..
macam biasa bergambar dengan ahli keluarga adat yang tak boleh ditinggal, cuma masalah dalam keluarga aku ni tak pakai sangat adat ni.. haha.. cuma sempat mengambil beberapa keping gambar dengan adik beradik yang ade.. ade yang sudah start enjin motor waktu bergambar memang menyakitkan hati, lagi menyakitkan hati bila terus menghilang. jadi gambar keluarga kami jadi punah ranah di hari raya kali ini, bila ambil gambar waktu petang ade pula yang sudah menukar baju tidur. alamak..
aku biasanya kalau raya pertama hanya beraya dengan kawan-kawan sekampung je. puas jugak aku pusing dengan kawan-kawan.. waktu keluar pagi semuanya cantik-cantik, kemas-kemas, kacak-kacak bergaya, bila balik petang macam jahanam.. huhu. baju aku yang cantik menjadi begitu teruk sekali. hehehe..
mesti yang membaca entry ni merasa pelik kerana aku tak bercerita pun lagi pasal fashion dan style hari raya ni kan? hehe.. so aku tak nak cerita banyak, korang tengok je gambar-gambar yang aku upload ni.
macam baju yang aku pakai ni adalah hasil jahitan aku sendiri.. kemas dan cantik gitu. hehe.. macam bunga lace yang aku tampal dekat bahu tu sangat menarik perhatian ramai.. dan secara tidak sengaja ade kawan yang tetiber nak tempah baju untuk kahwin dia.. Alhamdulillah. rezeki tuhan..paling tak boleh blah, ade pulak yang kata aku ni macam artis.. "macam" je okay. gaya je lebih, malu aku kot. tapi aku dengan penuh confident melangkah dan terus melangkah dari rumah ke rumah.. kira-kira ada la dalam 10 buah rumah aku beraya..dekat maghrib baru balik rumah kot, ni la yang dikatakan "beraya sampai pengsan" hehe..
perasan tak ade baby comel pakai baju kaler hijau tu? yang tu pun aku buat hanya mengambil masa sejam sahaja.. pakar? belum sampai tahap tu lagi la.. simple je dress aku wat tu. pastu letak bunga lace, masyukkk.. suka sangat bila tengok dia pakai.. ala tomey tomey..
yang baju hijau dua orang kat hujung tu aku yang jahit tau. baju melayu yang warna hijau kolar warna lain tu adik aku, design dia buat sendiri.. sampai aku naik pening jugak nak buat baju dia.. sabar kena tinggi gitu. yang penting dia puas hati..
bergambar waktu petang, semua dah tak ikhlas.. haha. |
sebenarnya ada banyak baju yang aku buat tahun ni, cuma yang aku boleh share yang aku buat untuk family aku ni je, yang tempahan orang lain lain kali la aku share.. so untuk raya Aidilfitri kali ni memang penat tapi puas hati, bagi aku perkara paling puas bila tengok orang pakai baju yang aku buat.. tu je..
akhir sekali, nak ucap lagi sekali..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
enjoy..
"your own style"
No comments:
Post a Comment