Assalamualaikum pembuka bicara, hamba datang membuat acara, fashion bisnes ingin bicara, izinkan lah hamba untuk terangkan cara-caranya... memang nak kena maki hamun dengan cikgu Rosli, cikgu bahasa melayu zaman kanak-kanak dulu.. hihihi.. sayang cikgu!! tetiber teringat kat kumis cikgu yg penuh bergaya tu.. Eceh.
aku yang semakin hari semakin tiada idea nak tulis ape dalam blog ni, semakin resah dan gelisah, otak bagaikan mahu pecah.. so secara tak sengaja aku cuba membuang masa untuk bercerita tentang percubaan aku untuk wat bisnes online ni.. kalau korang yang membaca blog ni pun rasa buang masa, maafkan lah aku...Aku takde niat untuk membuang masa korang tau. huhu.. :(
aku sebenarnya baru je nak berjinak-jinak dalam bidang fashion ni, lantaran dengan minat dan bakat yang ade dalam diri ni aku cuba berbisnes.. huhu, disebabkan aku belum ade modal yang besar untuk membuka butik ataupun showroom sendiri padahal kedua-dua perkataan tu membawa maksud yang sama.. cis. aku bercadang untuk wat kat rumah dulu.. takkan buat untuk orang kampung je? heyy.. tak berkembanglah bisnes tu nanti.. yup aku setuju.. so dengan teknologi serba canggih yang ade sekarang, aku cuba buat page dalam facebook.. ni page : HV so ade la beberapa pakaian yang aku dah upload, baru start 3 bulan kot....
okay, yang ni antara design yang terawal aku buat la.. style aku suka guna kain plain je, sebab mudah dan senang.. hehe.. ni je ke yang ko mampu buat haikal?? amboiii aku tau la pattern aku buat ni simple sangat-sangat, even budak yang basic menjahit pun boleh buat, jangan kata makcik-makcik, lagi la orang lama kau.. aku tau tu, tapi cuba korang buat? hakhak. :-) buleh dak? eceh..
baju aku buat style kurung pahang, ade jugak panggil kurung riau, alaaa. yang pesak gantung tu, cantik dan kemas sebab pattern kurung riau ni ade shape sket, so boleh la show body korang yang meletup ala-ala kate moss kann.. hukhuk. kain pulak lipat batik. nampak kan traditional nya di situ.. ala-ala gadis kampung yang moden.. moden la sebab aku letak lace dan manik bagai kat baju tu...
okay, macam manik dan lace tu aku design sesuka hati mak bapak aku, takkan mak bapak korang pulak kan.. melampau tol aku ni.. disebabkan aku ni orangnya boleh tahan kreatif, ececeh riak pula.. so bile aku nak beli kain lace aku dah boleh bayang design yang macam mana aku nak buat.. huhu. lace dengan manik tu jahitan tangan okay, tangan orang melayu tulen.. bukan yang macam korang selalu beli yang manik siap jahitan tangan kemboja mahupun china.. yang bila dibasuh terus tertanggal lalu berderai manik-maniknya.. yang ni aku wat eksperimen atas baju sendiri, basuh mesin dah berpuluh kali tak pernah tanggal lagi maniknya.. nampak tak nada yang takbur itu.. bhahahaha... sebab aku guna benang double dan menjahit seikhlas hati sesuci murni gituw..
yang model tu jangan tanya lah sapa eh? hihi..
kalau kata la ade yang berminat nak tempah baju dengan aku, boleh je terus direct contact no aku takde masalah, Alhamdulillah.. setakat 3 bulan aku buat bisnes online ni dah ramai yang menempah dengan aku, Alhamdulillah rata-rata berpuas hati dengan hasilnya.. yang kurang pun ade jugak, biasalah baru nak belajar.. bukan senang nak ambil tempahan secara online.. huhu.. but i keep trying my best..
Banyak yang aku belajar dalam bisnes online ni, antaranya bila ade customer tanya pasal produk korang biasanya diorang akan taip "PM" kan? korang tak boleh terus bagitahu harga barang tu? explain dulu tentang kelebihan barang tu, contoh macam aku buat baju kan, aku bagitahu ape fabrik yang aku pakai, manik aku buat macam mana, siryes weh ade antara customer boleh cakap pulak yang harga baju aku kalau beli kat butik harga mahal sangat, so bila dapat tahu harga kita dengan kualiti barang kita jadi mudah untuk dijual. itu antara yang aku belajar la..its very useful.
kenapa aku cuba secara online? huhu.. tak payah citer pun korang dah tau.. huhu.. xde sewa kedai, a lot of cost we can cut.. betol tak? betol tak? lagipun orang zaman sekarang memang suka beli online jew kan? tapi walau camne pun, aku tetap jugak dengaon impian nak ade butik sendiri.. kalau dapat macam rizman ruzaini ke, jovian mandagie ke.. huyooooo... O_O
so sekarang adalah time aku untuk mengumpul modal dan menaikkan branding HV aku ni dulu.. wish me luck guys...
itu je lah setakat ni, esok lusa aku akan upload satu per satu design baju yang ake ade buat okayy.. nantikan tau.
enjoy..
"your own style"
No comments:
Post a Comment