Pages

Saturday 17 August 2013

BAJU KURUNG MODEN : SIMPLE : ELEGANT

Assalamualaikum
kepada awak-awak semua yang cantik-cantik, comey-comey, kacak-kacak,yang tak berapa comey, tak berapa kacak, semua sekali lah.. jenuh aku nak taip satu-satu.. ahaks.. (padahal sendiri yang buang masa)
apa khabar? sihat ke tidak?? dah makan ka belum?? hahaha...

so sambil-sambil korang mengadap facebook 24 jam tolak tidoq, makan, mandi..xda apa nak buat, jom melayan cerita aku yang menarik lagi tertarik ni okay.. menarik kew? hadoowww...

kita ni orang malaysia berbangsa melayu, yang pada aku sangat kaya dengan budaya dan gaya-gaya-gaya yang unik, (perlu ke gaya tu sampai 3 kali, tapi korang baca elok ja, okay la kot.. ahaks..) sebut pasal gaya orang melayu.. ni nak cerita ni.. BAJU KURUNG, tak kan lari dan takkan terpisah dengan orang melayu..kalau orang luar ade pakai baju kurung memang pelik sket la.. pernah korang tengok rihanna pakai baju kurung? hang kenai dak rihanna? "shine bright like a diamond" haa.. x pernah kan? tapi aku pernah tengok ntah zaman bila aku tak ingat, david archuleta pakai baju melayu kau.. haha.. tapi sekarang aku bukan nak cerita pasal baju melayu, aku nak citer pasal baju kurung jew dulu..

kalau ada sapa-sapa yang kat sini yang tak kenai baju kurung memang nak kena ketuk kepala dia.. baju kurung ni ada macam-macam jenis la, baju kurung tradisional, baju kurung riau (pahang), baju kurung kedah, baju kurung moden... ade lagi tak? aku biasa dengar yang ni je.. hakhak...so macam sekarang ni, banyak yang aku perhatikan wanita-wanita sekarang ni lebih suka pattern kurung moden dengan riau, sebab tu la kat sini aku upload gambar baju kurung moden ni.. apa pendapat korang?


sebenarnya baju kurung ni aku design untuk aku test market, nak tengok macam mana sambutan terhadap design baju kurung yang aku buat ni..huhu..kalau dulu kita boleh tengok, baju kurung biasanya simple je, tapi sekarang ni cuba kita ubah, jadikan ianya glamour, elegant, but still simple.. biasanya orang akan cakap, "untuk raya boleh la..." hadoiii... please la weh..tak semestinya.. hari-hari cantik pun takpe kot.. ade jugak yang sambil mengerutkan dahi sambil mata ke atas, "kita bukan artis nak pakai lawa-lawa camni" ummm macam-macam lah.. open minded!! we're moving u know...


aku tak ubah design baju kurung ni, cuma aku suka tambah perincian macam lace dengan manik dan sedikit labuci, sebenarnya mende ni tak susah pun nak buat.. buang perkataan "malas" dalam diri tu confirm boleh siap punya.. lalala.. ni aku jual kew? yup memang untuk di jual pun...


actually banyak lagi design baju kurung yang aku buat dan aku akan cuba sedaya upaya aku untuk pasarkan design baju kurung orang melayu kita sampai ke peringkat yang lebih tinggi... manalah tau suatu hari nanti boleh tengok rihanna pakai baju kurung, ahaks... ade kew?? 

sebenarnya apakah tujuan aku menaip teks ini, aku yang dalam kebingungan memikir.. ??????... macam takda tujuan pulak.. haha.. tapi takpa lah, janji korang boleh tengok design baju aku yang cantik ni pun dah okay. akan datang kalau ade masa aku upload banyak lagi.. kalau ada yang berminat nak cuba design dari saya pun boleh, sangat dia alu alukan.. wah, promote pulak... kalau nak lebih lagi design klik sini.. 


so, harap korang enjoy cerita aku kali ini.. thanks sebab melayan.. bhahahaha...
next time ingat nak ajar korang jahit manik la.. 


enjoy..
"your own style"

Sunday 11 August 2013

MANGA : PARADISE KISS

Assalamualaikum wbt...
apa khabar korang semua.. sihat-sihat belake dok? hehehe...
sepatutnya aku sekarang ni tengah menyiapkan baju-baju tempahan customer, di sebabkan aku telah membuka laptop yang cadangnya hanya untuk check email, dan masa yang ditetapkan hanyalah 30 minit.. aku berkata, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. haha.. memandai je aku ni, padahal memang malas nak menjait pun.. huhu. (harus ubah sikap ni..huhu) secara tidak sedar sambil menaip-naip teks ni, masa 30 minit sudah lama berlalu..kuikui..

PARADISE KISS ataupun maksudnya ciuman syurga.. first nak tanya, korang minat tak manga? bukan mangga buah tu mahupun majalah mangga..takde kena mengena tau. manga ni kalau ikut fahaman aku la, membawa maksud komik dari jepun la.. ak banyak gile collection komik ni, kat rumah aku saja ade bersusun siri komik, antara yang aku ade yang ramai orang lain pun ade.. Mutiara Naga by Akira toriyama, tu yang paling popular, Budak Getah, Yuyu Hakusho, Misteri Naga, Dr Slump, Bleach, Fairy Tail, Naruto, Sailormoon, Samurai Deeper Kyo, ape lagi eh.. banyak sangat nak tulis.. huhu.. tapi yang pasti, Komik PARADISE KISS xde kat umah aku, Apa takde?? habis kenapa aku nak citer pasal paradise kiss ni? sabar.. kekgi aku citer tau.. lagipun komik paradis kiss tak pernah jual di pasaran Malaysia ni..


gambar primadona erra fazira diadikan alas buku, jangan marah tau.. tak kemasnya buku ni.. huhu.. malu lak rasanya.. hihi..


ni antara siri-siri komik yang aku kumpul bersama adik-beradik yang lain, nak gelar kami hantu komik pun takde masalah.. haha.. sejak kecik tau kami mengumpul. yang suka mengumpul macam kami jew yang akan faham, yang tak kumpul akan melontarkan kata-kata yang sukahati diorang seperti contoh, "membazir je korang ni" atau "minat macam budak-budak".. haha.. mak kami pun selalu berkata begitu.. sudah tidak hairan lagi.. muahahaha..

back to paradise kiss please, cukup-cukup la menyimpang.. nanti orang menyampah.. alah, ade yang baca ke.. huhu.. aku macam syok sendiri je kan. biarlah... nanti lepas ni korang boleh search kat mangahere.com  then search manga paradise kiss okay.. believe me, cerita sangat menarik terutama bagi peminat faashion la.. hehehe.. yup, paradise kiss komik berkisar tentang dunia fashion dan peragaan.. lukisan dan idea sangat menarik hasil karya Ai yazawa, mengisahkan tentang seorang gadis yang tipikal, yang hanya mahu menjalani kehidupan yang biasa la aku rasa, pergi kelas balik kelas, exam, target dapat cemerlang, boleh pergi university then last dapat kerja yang baik.. itulah yukari hayasaka.. nak dijadikan cerita, suatu hari bertemu dengan team paradise kiss, (paradise kiss ni sebenarnya brand untuk pakaian diorang) diorang sangat-sangat tertarik dengan yukari sebab cantik dan tinggi, so diorang offer yukari untuk jadi model... gitu la citernye.. yang lain-lain sila baca sendiri lah. part yang paling digemari bila ada fashion show atau waktu diorang buat pakaian, tu yang aku suka baca tu.. huhuhu.. korang tak suke ke.. huu.. jangan gitu.. 



this is paradise kiss manga, memang kemas lukisan dan penulisan.. superb kata kau..

actually dalam membaca komik paradise kiss ni, sempat jugak la aku copy salah satu corak bunga group ni, serious, memang sangat cantik, cuma aku takde la buat exactly corak tu sebab susah jugak nak buat.. hehe..ape-ape pun harap korang enjoy, walaupun blog ni tak menarik, tapi kalau ade yang membaca terima kasih tau..hehe..

enjoy.. 
"your own style"

Thursday 8 August 2013

HARI RAYA HARI BERGAYA

Assalamualaikum 
mencuri kesempatan ini ingin mengucapkan kepada semua umat Islam di muka bumi ini, SELAMAT MENYAMBUT AIDILFIRTI 2013.. kebiasannya bila hari raya ni kalau orang tak cerita pasal menu, orang bercerita pasal baju..betul tak? mesti korang tengah mengangguk kepala tanda setuju kan? biasalah hari raya kan. so kali ni aku pun nak cerita jugak hari raya aku hari ni, tapi bukan pasal menu makanan.. nak bercerita pasal gaya-gaya-gaya di hari raya... layannn..

adakah korang berpuas hati dengan design baju korang tahun ni? kalau korang tak puas hati jangan lupa tempah dengan saya tahun depan okay, kalau tak nak tunggu tahun depan tempah sekarang pun takpe.. promote pulak.. ahaks.. 
macam aku sendiri of course la puas hati, sebab aku jahit sendiri je. tapi dalam menjahit sendiri punya sempat jugak la aku ni di dera oleh kakak dan adik aku yang suruh menyiapkan baju mereka di saat-saat akhir.. huhu. ponat den hanya tuhan je yang tahu.. warghh... tapi bila dah siap.. Alhamdulillah.. sangat berpuas hati, diorang puas hati kew? puas la kot kerana melihat mereka pakai sampai ke petang seperti tidak mahu menanggalkan terus baju tu.. 

macam biasa bergambar dengan ahli keluarga adat yang tak boleh ditinggal, cuma masalah dalam keluarga aku ni tak pakai sangat adat ni.. haha.. cuma sempat mengambil beberapa keping gambar dengan adik beradik yang ade.. ade yang sudah start enjin motor waktu bergambar memang menyakitkan hati, lagi menyakitkan hati bila terus menghilang. jadi gambar keluarga kami jadi punah ranah di hari raya kali ini, bila ambil gambar waktu petang ade pula yang sudah menukar baju tidur. alamak..

aku biasanya kalau raya pertama hanya beraya dengan kawan-kawan sekampung je. puas jugak aku pusing dengan kawan-kawan.. waktu keluar pagi semuanya cantik-cantik, kemas-kemas, kacak-kacak bergaya, bila balik petang macam jahanam.. huhu. baju aku yang cantik menjadi begitu teruk sekali. hehehe..

mesti yang membaca entry ni merasa pelik kerana aku tak bercerita pun lagi pasal fashion dan style hari raya ni kan? hehe.. so aku tak nak cerita banyak, korang tengok je gambar-gambar yang aku upload ni. 



macam baju yang aku pakai ni adalah hasil jahitan aku sendiri.. kemas dan cantik gitu. hehe..  macam bunga lace yang aku tampal dekat bahu tu sangat menarik perhatian ramai.. dan secara tidak sengaja ade kawan yang tetiber nak tempah baju untuk kahwin dia.. Alhamdulillah. rezeki tuhan..paling tak boleh blah, ade pulak yang kata aku ni macam artis.. "macam" je okay. gaya je lebih, malu aku kot. tapi aku dengan penuh confident melangkah dan terus melangkah dari rumah ke rumah.. kira-kira ada la dalam 10 buah rumah aku beraya..dekat maghrib baru balik rumah kot, ni la yang dikatakan "beraya sampai pengsan" hehe..

perasan tak ade baby comel pakai baju kaler hijau tu? yang tu pun aku buat hanya mengambil masa sejam sahaja.. pakar? belum sampai tahap tu lagi la.. simple je dress aku wat tu. pastu letak bunga lace, masyukkk.. suka sangat bila tengok dia pakai.. ala tomey tomey.. 




yang baju hijau dua orang kat hujung tu aku yang jahit tau. baju melayu yang warna hijau kolar warna lain tu adik aku, design dia buat sendiri.. sampai aku naik pening jugak nak buat baju dia.. sabar kena tinggi gitu. yang penting dia puas hati..

bergambar waktu petang, semua dah tak ikhlas.. haha.
sebenarnya ada banyak baju yang aku buat tahun ni, cuma yang aku boleh share yang aku buat untuk family aku ni je, yang tempahan orang lain lain kali la aku share.. so untuk raya Aidilfitri kali ni memang penat tapi puas hati, bagi aku perkara paling puas bila tengok orang pakai baju yang aku buat.. tu je..

akhir sekali, nak ucap lagi sekali..
 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

enjoy..
"your own style"

Monday 5 August 2013

APAKAH ITU HV??

Assalamualaikum.. hello.. ape khabar.. how are you... bonjour.. hehe...
HV? apekah itu.. baca tajuk pun dah jelas ape yang nak dibincangkan owp? HIV? korok kering mu.. bace molek.. HV ok.. kata untuk perbincangan, sebenarnya tiada ape pun yang nak di bincang.. sekadar nak share jew.. so kalau korang rajin, bacalah sampai habis pengenalan nih okay..

HV tu kononnya brand aku sendiri la.. huhu.. stand for Haikal the VICTORY.. wah gitew... aku ni minat fashion, kalau org puteh kata.. design for fashion is my passion.. hohoho.. sama je pun sebenarnya. saje alih bahasa.. ahaks..cmne boleh dapat nama tu? gini.. Haikal tu of course la nama aku, kakak aku yang bagi nama tu.. sedap kan? ramai aku perhatikan budak-budak zaman sekarang pakai name tu.. ummm.. macam maksud Haikal ni, grow, berkembang.. so harap-harap aku punya bisnes ni pun berkembang dengan cantik seperti bunga sakura yang berkembang.. VICTORY, maksudnya? success.. berjaya.. menang.. sebenarnya aku malas nak fikir nama sampai migrain.. so ak amik nama aku je.. Faiz Haikal, so Faiz bahasa arab yang maksudnya berjaya.. so sama je dgn VICTORY.. simple je kannn?



kenapa tetiba aku nak wat bisnes fashion ni? Aku ni minat menjahit, dan ade jugak la sikit2 kepakaran mendesign nih, huhu.. aku menjait sejak dari kecik.. betul ke ni? apa? ingat aku tipu? hihi.. jahit baju tu xde la, cuma tolong-tolong mak jahit bantal.. then bila dah besar waktu tu umo dalam 20, aku pergi kelas menjahit kat giatmara, belajar basic menjahit ni.. so buleh la nk buat baju huduh-huduh.. haha.. cuma aku ni lain sket, tak suka sangqt pakai sama dengan orang.. nak kata pelik xde la pelik sangat.. cuma suka lain dari yg lain.. so bila dah lama2 aku menjahit, macam-macam dah yang aku buat untuk baju aku.. kebanyakan baju yang aku jahit of course la baju melayu, part paling suka letak manik kat baju melayu.. wohoo.. sebab aku pakai sendiri.. kalau bagi orang ade ke yang nak pakai? cuba tengok ni..

yang ni aku wat corak bunga dekat poket atas.. pakai manik warna hitam dan merah jew.. meletup tak? wahaha...
tengok xde gaya model langsung kan.




so tiap-tiap kali jumaat aku akan pakai baju yang aku buat ni la, bila pergi masjid aku menjadi tumpuan walaupun tak glemer macam Aaron Aziz, macam-macam pandangan aku dapat kot.. haha..so, pada suatu hari, terlintas la kat dlm kepala otak aku ni nak buat collections sendiri.. sambil-sambil buat collections manalah tau boleh commercial kan.. so terciptalah HV collections ini.. harap2 korang enjoy.. banyak lagi design yang akan dipaparkan dan dilancarkan gitu..

sebelum aku letak nokhtah untuk entry ni, aku nak bagi sikit advise la kat korang sume.. (kalau ade yg baca la..) perkara pertama kena ade bila berfashion, pada aku.. CONFIDENT.. bila pakai ape pun kena confident, kebanyakan orang suka dengar ape org lain kata.. biar la ape orang nak kata pun.. selagi kita selesa dan suka ape yang kita pakai.. pakai jew.. bagus bila dengar cakap orang ni, tapi lagi bagus kalau dengar kata hati sendiri.. 
salam.....

enjoy..
"your own style"

click here for more : Haikal the Victory