Pages

Thursday 19 September 2013

BAJU PENGANTIN KATANYA

Assalamualaikum awok awok semua..
lamanya tak bersua, bagai setahun lamanya.. eceh. disebabkan kekurangan idea untuk update cerita kat sini.. so aku bercadang untuk menayang aku punya hasil kerja aku kat korang semua.. ape-ape pun tak lari la dengan fashion design gituw.. hakhak.. 

korang dah kahwin? ekekeke.. sebab aku pun ade wat jugak baju untuk sanding, outdoor.. aku wat xde la sehebat rizman ruzaini mahupun jovian mandagie. haha.. biasa-biasa jew, sebab tu harga aku pun biasa-biasa jew.. bulan mei atau jun aku tak berapa ingat, ade la sorang membe aku duk kelantan tetiber bertanya, "ko wat tak baju kahwin?" aku rasa macam.. OMG.. takut tapi nak cuba.. so aku pun cuba buat dan Alhamdulillah.. terhasillah ini...

 Haaa.. apa kata korang? ni je yang aku mampu buat pun. huhu.. ya la saya budak baru belajar.. so aku buat sepasang la. dan yang ni adalah yang first aku wat baju org pakai nak kahwen.. hohoho... 

yang baju perempuan tu aku design biasa je.. macam dress kot, kain 2 lapis meleret sikit kat belakang.. baju lelaki wat design baju melayu moden butang sampai bawah la.. Alhamdulillah member aku tu berpuas hati dengan hasilnya.. sebenarnya aku pun macam tak percaya boleh jugak aku buat.. hukhuk..

nak tau tak? aku pegi la ke majlis membe aku kahwin tu, aku ingatkan dia nak pakai baju yang aku buat, sekali dia pakai baju lain daa.. hahaaha..  mula-mula ingat dia tak suka ke mulut je cakap suka.. aku terus set mind " biarlah dia nak pakai ke tak, janji dah bayar" sajew nak sedapkan hatiku ini.. huhuhu.. rupenye dia pakai untuk outdoor..  berbunga balik hati aku.. korang maybe tak faham.. itulah perasaan seorg tukang jahit.



cantik dan sesuai sangat pasangan nih.. hihi.. so macam pic diorang ni ak amik kat page : just design, boleh kan awak? hehehe.. so macam aku memang nak bergiat dalam bidang fashion design ni, so harap korang semua support okay.. 

kalau korang nak tengok aku punya design-design yang lain, boleh teruss ke page aku : haikal the victory.. aku jugak wat online bisnes.. support tau.. ok lah, setakat ni dulu.. aku dah kering idea kot.. hoho.. nanti aku pergi cari bahan baru update yang baru okay.. tunggu...

enjoy..
"your own style"

Monday 2 September 2013

CARA MENJAHIT LACE DAN MANIK

Assalamualaikum semua..
harap-harap sentiasa sihat dan sentiasa dibawah lindungan Allah.. aminnn...

so kalau baca dari tajuk tu dah tau kan tujuan aku meng update blog ni, sebenarnya aku ni bukan la seperti seorang cikgu mahupun professor untuk mengajar orang ni, tak beberapa mahir dalam skill mengajar nih, but i'll try my best gituw.. walau bagaimana pun, wah tetiber keluar ayat skema ala-ala cekgu sekolah.. gurau je tau. aku nak share sket-sket la skill aku ataupun teknik-teknik menjahit aku kat korang.. mende simple je yang aku nak share pun.. wat malu jah, hakhak..

zaman sekarang ni kalau korang perhatikan, banyak baju-baju kalau tak letak labuci, manik, sulam, macam-macam lagi lah, macam tak sah kannn?? kan? kan? kan? hehe..aku ni dah la wat bisnes menjahit, berbaloi ke ajar orang menjahit nih? haha.. tapi aku tak kisah.. kita berkongsi ilmu, insyaAllah rezeki tu akan lebih lagi.. tak gitu? so kalau korang kata tak biasa menjahit takpe lagi, kalau kata tak tahu menjahit tu melampau.. sebab kalau ade asas menjahit ni senang sangat nak buat ape yang aku nak tunjuk ni haaa... okay lah, tak payah merepek lagi.. jom belajar jahit manik dengan aku yang kacak ni.. haha.. bahan-bahan yang diperlukan  :

of course la kena ade benang, gunting, kain lace, manik yang cantik-cantik dan meletup gitu.. so cara yang aku nak ajar ni very simple, so kalau korang tak faham jugak tak tau la nak cakap kan.. ape ape hal korang tengok je la gambar-gambar yang aku upload ni okayyy..

okay, yang ni saje nak menayang bekas manik aku.. takde kene mengena pun.. huhu..
benang, 2 color... kenapa 2? jap ag aku bagitau tau...

yang ni manik la, jenis pearl gituw.. anak2 sedara suka sarung kat leher kunun-kunun macam rantai la kan.. tak pasal-pasal kena cubit dengan aku.. huhu..

lace.. lace ni beli kat kedai kain la, yang aku pakai ni jenis meter punya..adr dalam 40 hengget semeter,  beli semeter pun dah cukup banyak.. sebab sehelai baju pun pakai sikit je.. so kalau korang nak beli lace untuk satu baju je beli 1/4 meter pun cukup dah.. itupun kalau tokey kedai tu bagi... pilih lace ikut corak bunga kesukaan korang..

menggungting bunga kain lace, itu yang pertama okay.. gunting molek-molek comey-comey.. ikut bentuk corak bunga tu.. sampai la jadi camni...
cantik tak? cantik tak? haaa.. jeles lah tu.. hukhuk.. so aku suka guna lace warna hitam, and memang banyak lace warna hitam yang aku beli.. sebab? boleh match dengan semua jenis warna baju gituw.. jimat.. huhu..
susun bunga atas baju mengikut citarasa korang lah.. bentukkan sendiri... macam design ni memang aku selalu buat dah.. sebeb senang xyah pening-pening nak fikir design lain.. yang pasti aku akan letak dari bawah naik ke atas, sebab? sebab cantiklah.. hihi.. kat leher tak perlu rasanya bagi yang memakai tudung. penat saje-saje je nanti.. dah jahit cantik-cantik korang tutup pulak kan.. haha..

menjahit lace, oleh sebab bunga ni warna hitam, korang kena pakai benang hitam, kena sama colour dengan lace tu okayy.. so jahit di hujung-hujung bunga pun cukup dah.. pastikan ia melekat cantik je dekat baju tu.. jangan lupa peniti dulu...supaya bunga tu tak lari-lari..hikhik.. jahit dulu bunga sampai habis.. next..

menjahit manik, kalau ikut dari style aku, aku sukar letak berterabur.. campur kecik besar.. colour yang aku pakai tak banyak, 3/4 jenis colour je.. yang pasti kena dengan colour baju tu.. kalau korang nak letak colour yang pelik-pelik un okay... ikut korang lah kan.. nampak tak cara jahit manikn tu? masuk jarum dari bawah, masukkan manik dan cucuk balik dekat lace ikut saiz manik tu.. ummm.. mudahnya!! boleh cuba nanti okay...


so..inilah hasilnya selepas hampir sejam setengah menjahit manik-manik ni.. pinggang memang rasa macam nak patah punyalah.. haha.. alah bisa tegal biasa gituw. so aku tak hairan dah semua tu.. paling seronok bila siap kita tengok hasilnya dan berpuas hati... lagi puas hati bile dapat payment dari customer. huhuhu.. 

nak buat benda-benda macam ni perlu kesabaran yang tinggi, serius weh.. kene sabar.. aku pernah ajar member aku jahit manik ni.. ajar depan-depan kot.. first time dia jahit manik. hasilnya? memang hodoh dan tak cantik.. hahaha.. jahat aku kan. tapi nak ceritanya, dia dah jahit lepas tu buka balik ade dalam 3 kali kot..kira sabar jugak la dia ni.. yang penting bila aku tanya, ko puas hati tak? dia kata puas hati.. aku okay je.. lagipun first time kot.. hihi.. 

so, cukup la setakat ni saje.. maaf kalau ade yang tak faham cara-cara yang aku tunjuk ni... tujuan aku saje nak share skill yang ade dengan semua, senang camni lah.. kalau korang malas nak buat, korang contact je aku.. biar aku buat korang bayar je,. huahaha. k, bye.. chow.. wassalam..

enjoy..
"your own style"